2 Aku akan membawa engkau ke rumah ibuku,dan engkau akan mengajar aku bercinta.Aku akan memberi engkau minum wain campurdan air buah delimaku.
3 Tangan kirimu menopang kepalaku,dan tangan kananmu membelai aku.
4 Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.
5 Siapakah dia yang datang dari padang gurun,bersandar pada kekasihnya?Aku membangunkan engkau di bawah pokok epal,di tempat engkau dilahirkan.
6 Jadikanlah aku buah hatimu;jangan peluk sesiapa pun selain aku,kerana cinta itu sekuat maut,dan nafsu berkuasa seperti kematian.Nyalanya seperti nyala api,yang berkobar dengan dahsyat.
7 Air yang banyak tidak dapat memadamkan cinta,air bah tidak dapat menenggelamkannya.Jika seorang memberikan segala hartanya untuk membeli cinta,pasti hanya hinaan yang didapatinya.
8 Kami mempunyai seorang adik perempuan,yang masih kecil buah dadanya.Apakah yang harus kami buatapabila pemuda datang meminangnya?