9 Andaikata adik kami itu tembok,kami akan membina sebuah menara perak di atasnya.Tetapi jika dia itu pintu,kami akan memasang palang kayu sedar padanya.
10 Aku ini tembok,dan buah dadaku menaranya.Kekasihku tahu bahawa bersama-sama dia,aku bahagia dan sejahtera.
11 Raja Salomo mempunyai ladang anggurdi Baal-Hamon.Pekebun menyewa ladang itu daripadanya;masing-masing membayar seribu mata wang perak untuk hasilnya.
12 Raja Salomo menerima seribu mata wang perak,dan pekebun mendapat dua ratus sebagai bahagian mereka;tetapi aku mempunyai ladang anggurku sendiri!
13 Biarlah kudengar suaramu dari ladang, hai sayangku;sahabat-sahabatku sedang menunggu untuk mendengar suaramu.
14 Marilah, hai kekasihku,datanglah seperti seekor kijang,seperti anak rusa di atas gunung tempat tanaman rempah.