Mikha 1:2-8 BM

2 Dengarlah, hai semua bangsa;perhatikanlah, hai semua penduduk dunia!TUHAN Raja menjadi saksi untuk menuduh kamu semua.Dengarlah!Dia berfirman dari kediaman-Nya yang suci di syurga.

3 TUHAN sedang keluar dari tempat-Nya yang suci;Dia turun dan berjalan di puncak gunung-gunung di bumi.

4 Gunung-gunung lebur di bawah kaki-Nyaseperti lilin dalam api yang menyala;tanah dari gunung menggeluncur ke lembah-lembahseperti air di atas bukit mengalir ke bawah.

5 Segala perkara itu akan berlaku kerana umat Israel sudah berdosa dan memberontak terhadap Allah. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemberontakan Israel? Samaria, ibu kotanya sendiri! Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyembahan berhala di Yehuda? Yerusalem!

6 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Samaria timbunan runtuhan di padang, dan tempat orang menanam pokok anggur. Aku akan membuang batu puing kota itu ke lembah, dan asas kota itu akan kelihatan.

7 Semua berhalanya akan dihancurkan, dan setiap benda yang sudah diberikan kepada pelacur di kuil akan dimusnahkan oleh api. Semua patung berhalanya akan menjadi tumpukan sampah. Samaria mendapat benda-benda itu sebagai hasil pemujaan kepada dewa kesuburan; sekarang musuhnya pula akan membawa benda-benda itu untuk diberikan kepada pelacur-pelacur di kuil lain.”

8 Kemudian Mikha berkata, “Oleh itu aku akan berkabung dan meratap. Untuk menunjukkan kesedihanku, aku akan berjalan tanpa pakaian dan tanpa kasut. Aku akan melolong seperti serigala dan meraung seperti burung unta.