4 Pada masa itu kelak, orang akan menggunakan kisah tentang kamu sebagai bahan sindiran. Mereka akan menyanyikan lagu perkabungan ini:Kami sudah hancur sama sekali!TUHAN telah mengambil negeri kami lalu memberikannya kepada orang yang menawan kami.”
5 Oleh itu apabila tanah itu dikembalikan kepada umat TUHAN, tiada sesiapa pun antara kamu yang akan mendapat bahagian.
6 Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.
7 Adakah kamu berfikir bahawa Israel telah dikutuk? Adakah TUHAN hilang sabar? Benarkah Dia akan melakukan perkara seperti itu? Tidakkah Dia berfirman dengan lemah lembut kepada orang yang berbuat benar?”
8 TUHAN menjawab, “Kamu menyerang umat-Ku seolah-olah mereka musuh. Orang lelaki pulang dari peperangan dan menyangka bahawa mereka selamat di rumah. Tetapi kamu sedang menunggu untuk mencuri jubah yang dipakai mereka.
9 Kamu mengusir kaum wanita umat-Ku dari rumah yang disukai mereka; kamu merampas berkat-Ku selama-lamanya daripada anak-anak mereka.
10 Bangunlah dan pergilah dari sini. Tiada lagi tempat yang selamat di sini. Dosa kamu telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat ke tempat ini.