6 Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.
7 Adakah kamu berfikir bahawa Israel telah dikutuk? Adakah TUHAN hilang sabar? Benarkah Dia akan melakukan perkara seperti itu? Tidakkah Dia berfirman dengan lemah lembut kepada orang yang berbuat benar?”
8 TUHAN menjawab, “Kamu menyerang umat-Ku seolah-olah mereka musuh. Orang lelaki pulang dari peperangan dan menyangka bahawa mereka selamat di rumah. Tetapi kamu sedang menunggu untuk mencuri jubah yang dipakai mereka.
9 Kamu mengusir kaum wanita umat-Ku dari rumah yang disukai mereka; kamu merampas berkat-Ku selama-lamanya daripada anak-anak mereka.
10 Bangunlah dan pergilah dari sini. Tiada lagi tempat yang selamat di sini. Dosa kamu telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat ke tempat ini.
11 Kamu menghendaki nabi yang suka berdusta serta menipu, dan yang berkata, ‘Aku bernubuat bahawa kamu akan mendapat wain dan minuman keras yang berlimpah-limpah.’
12 Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”