1 Pada masa depangunung tempat Rumah TUHANakan menjadi gunung yang tertinggi,mencuar tinggi melampaui semua gunung.Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana,
2 lalu mereka akan berkata,“Marilah kita naik ke bukit TUHAN,ke Rumah TUHAN, Allah Israel.Dia akan mengajar kita kehendak-Nya yang harus kita lakukan;kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya,kerana ajaran TUHAN itu datang dari Yerusalem;dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”
3 Dia akan menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa,antara kuasa-kuasa besar yang dekat dan yang jauh.Mereka akan menempa pedang mereka menjadi bajak,dan tombak menjadi pisau pemangkas.Bangsa-bangsa tidak akan berperang lagi,dan tidak bersedia untuk bertempur lagi.
4 Semua orang akan hidup amandi ladang anggur dan kebun ara mereka;tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.Perkara itulah yang dijanjikan TUHAN Yang Maha Kuasa.
5 Setiap bangsa menyembah dan mentaati dewa masing-masing, tetapi kita akan menyembah dan mentaati TUHAN, Allah kita selama-lamanya.