3 Tentera musuh membawa perisai merah,dan memakai pakaian seragam berwarna merah.Musuh sudah bersedia untuk menyergap!Bagaikan api, kereta kuda mereka berkilap!Kuda mereka melompat-lompat!
4 Di jalan-jalan, kereta kuda meluru tidak tentu arah,meluru ke sana sini di padang kota.Kereta kuda bersinar seperti obor,meluru secepat halilintar.
5 Pegawai tentera dikerah;mereka tersandung ketika mara.Penyerang bergerak cepat menuju tembok,menyiapkan alat pemecah tembok.
6 Pintu-pintu air di tepi sungai terbuka;maka gemparlah semua orang di istana.
7 Penyerang menangkap permaisuri,dayang-dayangnya mengerang bagai burung merpati,menebah dada kerana sedih hati.
8 Penduduk Niniwe berlari keluar dari kotaseperti air keluar dari empangan yang pecah.Terdengar teriakan, “Berhenti, berhenti!”tetapi tiada seorang pun yang mahu kembali.
9 Rampaslah perak!Rampaslah emas!Kota penuh dengan harta benda!