Obaja 1 BM

1 Inilah nubuat Obaja. Dia menyampaikan firman TUHAN Raja tentang orang Edom.TUHAN telah mengirim utusan-Nya kepada bangsa-bangsa,dan kita telah mendengar perkhabaran-Nya,“Bersiaplah!Marilah kita berperang melawan Edom!”

TUHAN akan Menghukum Edom

2 TUHAN berfirman kepada orang Edom,“Aku akan menjadikan kamu lemah;semua bangsa akan menghina kamu.

3 Kamu telah ditipu oleh kesombongan kamu.Ibu kota kamu adalah kubu batu yang kukuh;tempat tinggal kamu di puncak gunung yang tinggi.Oleh sebab itu kamu berfikir,‘Siapakah yang sanggup menjatuhkan kami?’

4 Meskipun kamu membina rumahdi tempat setinggi sarang burung helang,seolah-olah di antara bintang-bintang,Aku akan menjatuhkan kamu.

5 Apabila pencuri datang pada waktu malam,mereka hanya mengambil apa yang diingini.Apabila orang memetik buah anggur,mereka selalu meninggalkan beberapa buah.Tetapi musuh akan melenyapkan kamu sama sekali.

6 Hai keturunan Esau,harta kamu telah dijarah.

7 Negara sekutu telah menipu kamu;kamu diusir oleh mereka dari negeri kamu.Kini kamu dikalahkan oleh orang yang dahulunya berdamai dengan kamu.Kamu diperangkap oleh orang yang makan bersama dengan kamu.Mereka berkata tentang kamu,‘Di manakah segala kecerdikan mereka sekarang?’

8 Pada hari Aku menghukum Edom,Aku akan membinasakan orangnya yang bijaksana,dan melenyapkan segala hikmat mereka.

9 Para pejuang dari Teman akan ketakutan,semua askar di Edom akan dibunuh.”

Sebab-Sebab Orang Edom Dihukum

10 “Kamu telah merompak dan membunuh saudara kamu, keturunan Yakub.Oleh itu kamu akan dibinasakandan dihina orang sepanjang zaman.

11 Apabila musuh merobohkan pintu gerbang Yerusalem dan mengalahkan kota itu,kamu tidak berbuat apa-apa.Kamu sama jahatnya dengan orang bangsa asing yang melarikan harta Yerusalem,dan membahagi-bahagikannya antara mereka sendiri.

12 Kamu tidak sepatutnya bersukacitakerana malapetaka yang menimpa saudara kamu di Yehuda.Kamu tidak sepatutnya bergembirapada hari mereka binasa.Kamu tidak sepatutnya mentertawakan merekapada masa mereka susah.

13 Kamu tidak sepatutnya masuk ke dalam kota umat-Kuuntuk bergembira kerana penduduknya menderita,dan untuk merampas harta mereka ketika mereka ditimpa bencana.

14 Kamu tidak sepatutnya berdiri di simpang jalan,untuk mengadang orang yang sedang melarikan diri.Kamu tidak sepatutnya menyerahkan mereka kepada musuhpada hari mereka ditimpa kesusahan.”

Allah Menghakimi Bangsa-Bangsa

15 “Sudah hampir harinya, apabila Aku, TUHAN menghakimi semua bangsa.Hai orang Edom,apa yang telah kamu lakukan,akan dilakukan juga kepada kamu.Kamu akan dibalas tepat seperti apa yang telah kamu lakukan.

16 Di atas bukit-Ku yang suci, Umat-Ku telah minum dari cawan minuman pahityang melambangkan hukuman mereka.Tetapi semua bangsa jiranakan minum dari cawan minuman yang lebih pahit lagi.Mereka mesti meminumnya sampai habis,lalu mereka akan lenyap tanpa bekas.”

Kemenangan Israel

17 “Tetapi di atas Bukit Sion,akan ada beberapa orang yang terselamat,dan bukit itu akan menjadi tempat yang suci.Keturunan Yakub akan memiliki semula tanah pusaka mereka.

18 Keturunan Yakub dan Yusuf bagai api,mereka akan memusnahkan keturunan Esauseperti api menghanguskan jerami.Tiada seorang pun daripada keturunan Esau akan terselamat.Aku, TUHAN telah berfirman.

19 Orang dari bahagian selatan Yehuda akan menduduki negeri Edom;orang dari kaki bukit di sebelah barat akan menakluki wilayah Filistin.Orang Israel akan memiliki wilayah Efraim dan Samaria;suku Benyamin akan menduduki daerah Gilead.

20 Pasukan orang buangan dari sebelah utara akan kembali,dan menduduki Fenisia sampai ke Zarfat di utara.Orang dari Yerusalem yang dibuang ke Sardis,akan kembali dan merampas kota-kota di bahagian selatan Yehuda.

21 Orang Yerusalem yang berjayaakan menyerang Edom dan menaklukinya.TUHAN sendiri akan memerintah sebagai raja.”

Bab

1