3 Ke arah mana pun sebatang pokok tumbang, di situlah pokok itu akan terlintang. Apabila awan sudah mendung, hari pun hujan.
4 Sesiapa yang menunggu hingga angin dan cuaca baik, tidak akan menabur ataupun menuai apa-apa.
5 Allah membuat segala-segalanya, dan manusia tidak dapat memahami tindakan-Nya sebagaimana manusia tidak memahami tumbuhnya kehidupan baru di dalam rahim ibu.
6 Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur.
7 Memang cahaya matahari itu baik dinikmati.
8 Bersyukurlah untuk setiap tahun kamu hidup. Betapa lama pun kamu hidup, masamu di alam maut lebih lama lagi. Tiada apa-apa pun yang dapat diharapkan.
9 Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu.