8 Memang semua itu sia-sia, kata Si Pemikir.
9 Tetapi Si Pemikir itu bijak; oleh itu baginda terus mengajar orang hal yang diketahuinya. Baginda mengkaji peribahasa dan menguji kebenarannya.
10 Baginda berusaha untuk menggunakan perkataan yang menyenangkan. Walau bagaimana pun perkataan yang ditulisnya jujur.
11 Ucapan orang bijak seperti tongkat tajam yang digunakan oleh gembala untuk menggiring domba, dan kumpulan peribahasa kukuh seperti paku yang terpasak dalam. Semua itu diberikan oleh Allah, satu-satunya Gembala kita.
12 Hai anakku, ada lagi yang perlu engkau ketahui: kitab tidak habis-habis ditulis, dan terlalu banyak menelaah pelajaran akan meletihkan kamu.
13 Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Allah, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.
14 Allah akan mengadili semua perbuatan kita, yang baik, yang jahat, mahupun yang tersembunyi.