16 Selain itu, aku nampak juga bahawa di dunia ini, di tempat yang seharusnya ada keadilan dan kebaikan, di situ terdapat kejahatan.
17 Aku berfikir, Allah akan mengadili orang baik dan orang jahat, kerana setiap perkara dan setiap tindakan akan berlaku pada waktunya yang tertentu.
18 Inilah pendapatku: Allah menguji kita untuk menunjukkan bahawa nasib kita tidak berbeza dengan nasib binatang.
19 Bukankah manusia dan binatang senasib? Kedua-duanya makhluk dan kedua-duanya pun akan mati. Manusia tidak lebih baik daripada binatang, kerana bagi kedua-duanya hidup itu sia-sia.
20 Kedua-duanya kembali ke tempat yang sama - ke tanah. Kedua-duanya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.
21 Siapakah dapat memastikan bahawa roh manusia naik ke atas dan roh binatang turun ke bawah bumi?
22 Oleh itu, aku sedar bahawa hal terbaik yang dapat kita lakukan adalah menikmati hasil usaha kita. Selain itu tidak ada apa-apa yang dapat kita lakukan. Kita tidak mungkin mengetahui apa-apa yang akan berlaku setelah kita meninggal.