1 Aku nampak pula segala ketidakadilan yang berlaku di dunia ini. Orang yang tertindas menangis dan tidak seorang pun menolong mereka. Tidak seorang pun berani menolong mereka kerana para penindas berkuasa.
2 Alangkah bahagianya orang yang sudah mati; keadaan mereka lebih baik daripada orang yang masih hidup.
3 Yang lebih bahagia lagi ialah orang yang belum dilahirkan, yang belum nampak ketidakadilan yang berlaku di dunia ini.
4 Aku faham juga mengapa orang bekerja keras supaya berjaya; mereka iri hati terhadap jiran mereka. Tetapi itu sia-sia sahaja. Keadaan mereka seperti orang yang mengejar angin.
5 Kata mereka, hanya orang bodoh berpangku tangan dan mati kelaparan.