1 Aku melihat ketidakadilan yang sangat menekan manusia di dunia ini.
2 Allah memberi orang harta, kekayaan dan kehormatan - apa-apa sahaja yang diingini mereka, tetapi Allah tidak membenarkan mereka menikmati semua pemberian itu. Sebaliknya, orang yang tidak dikenal akan menikmati kekayaan itu. Semua itu sia-sia dan tidak adil.
3 Seorang mungkin mempunyai seratus orang anak, dan umurnya mungkin panjang. Walaupun umurnya panjang, tetapi jika dia tidak bahagia, dan tidak diberikan penguburan yang sepatutnya, keadaannya lebih malang daripada seorang bayi yang meninggal ketika dilahirkan.
4 Sia-sialah bayi itu dilahirkan; dia lenyap dalam kegelapan dan dilupakan orang.