1 Nama baik lebih harum daripada minyak wangi yang mahal, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.
2 Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua.
3 Kesedihan lebih baik daripada ketawa; biar wajah murung asal hati lega.
4 Orang bodoh sentiasa memikirkan kesenangan; orang arif memikirkan kematian.
5 Lebih baik ditegur oleh orang bijak daripada dipuji oleh orang bodoh.
6 Ketawa orang bodoh tidak bererti, seperti bunyi duri dibakar api.