19 Hikmat menjadikan pemiliknya lebih perkasa daripada sepuluh orang penguasa di sebuah kota.
20 Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan.
21 Jangan pedulikan segala kata orang. Mungkin kamu mendengar hambamu mengutuk kamu,
22 dan kamu tahu bahawa kamu sendiri pun kerap kali mengutuk orang lain.
23 Aku menggunakan hikmat untuk menguji segala hal itu. Aku bertekad untuk memperoleh hikmat, tetapi tidak dapat mencapainya.
24 Bagaimanakah seseorang dapat mengetahui makna hidup? Hal itu terlalu dalam dan terlalu susah untuk difahami.
25 Aku tekun belajar dan mencari pengetahuan supaya mendapat hikmat dan jawapan bagi pertanyaanku. Aku mencuba memahami bahawa kebodohan itu kejahatan dan kebebalan itu kegilaan.