14 Tetapi hal itu tidak betul. Lihatlah apa yang terjadi di dunia; kadang kala orang baik menerima hukuman yang sepatutnya diterima oleh orang jahat, sedangkan orang jahat menerima ganjaran yang sepatutnya diterima oleh orang baik. Hal itu pun sia-sia.
15 Oleh itu, aku yakin bahawa orang harus bergembira. Hanyalah makan, minum, dan bersuka-ria yang dapat dinikmati mereka. Setidak-tidaknya mereka dapat berbuat demikian semasa bersusah payah sepanjang hayat yang diberikan Allah kepada mereka di dunia ini.
16 Apabila aku mencuba mendapat hikmat dan memahami segala yang berlaku di dunia ini, aku sedar bahawa walaupun kita berjaga siang dan malam,
17 kita tidak memahami perbuatan Allah. Bagaimanapun kita mencuba, kita tidak akan memahaminya. Orang yang bijaksana mengaku bahawa mereka faham, tetapi sebenarnya tidak.