5 Orang yang masih hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun. Mereka tidak mendapat ganjaran lagi, mereka telah dilupakan orang.
6 Kasih, kebencian, dan nafsu mereka, semuanya lenyap bersama-sama mereka. Mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam apa-apa hal yang berlaku di dunia ini.
7 Makanlah, minumlah, dan bergembiralah! Minumlah wain dan bergembiralah; Allah tidak melarangnya.
8 Biarlah kamu sentiasa bergembira dan muka kamu berseri-seri.
9 Nikmatilah hidup dengan isteri yang kamu kasihi, selama hidupmu yang sia-sia, yang diberikan Allah kepadamu di dunia ini. Nikmatilah setiap hari meskipun sia-sia sahaja kerana hanya itu yang kamu dapat untuk jerih payahmu.
10 Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh, kerana di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi; ke sanalah kamu akan pergi.
11 Ada lagi yang aku dapati di dunia ini: pelari yang pantas tidak selalu menang, dan orang yang berani tidak selalu menang dalam pertempuran. Orang bijak tidak selalu dapat mencari nafkah, orang berakal tidak selalu menjadi kaya, dan orang yang handal tidak selalu memperoleh kedudukan yang tinggi. Nasib malang boleh menimpa setiap orang.