1 Pada masa itu, Abia, putera Raja Yerobeam jatuh sakit.
2 Raja Yerobeam bertitah kepada isterinya, “Menyamarlah supaya tiada sesiapa pun mengenali engkau. Pergilah ke Silo, tempat tinggal Ahia, nabi yang bernubuat bahawa aku akan menjadi raja Israel.
3 Bawalah untuknya sepuluh buku roti, beberapa ketul kuih, dan sebotol madu. Tanyalah dia apa yang akan terjadi kepada anak kita. Dia akan memberitahu engkau.”
4 Maka isteri Raja Yerobeam pergi ke rumah Ahia di Silo. Ahia tidak dapat melihat lagi kerana sudah lanjut usia.