1 Raja-Raja 4 BMDC

Para Pegawai Raja Salomo

1 Raja Salomo telah menjadi raja seluruh negeri Israel.

2 Inilah para pegawai Raja Salomo:Imam: Azarya anak Zadok

3 Setiausaha negeri: Elihoref dan Ahia, iaitu anak-anak SisaBendahara negeri: Yosafat anak Ahilud

4 Panglima tentera: Benaya anak YoyadaPara imam: Zadok dan Abyatar

5 Ketua pegawai daerah: Azarya anak NatanPenasihat diraja: Imam Zabud anak Natan

6 Pengurus pekerja istana: AhisarPengurus buruh paksa: Adoniram anak Abda

7 Raja Salomo melantik dua belas orang menjadi pegawai daerah di Israel. Mereka bertugas menyediakan makanan dari wilayah mereka bagi raja dan seisi istana baginda. Masing-masing pegawai daerah bertanggungjawab selama satu bulan pada tiap-tiap tahun.

8 Inilah nama para pegawai itu dan daerahnya:Ben-Hur: kawasan perbukitan Efraim

9 Ben-Deker: kota Makas, Saalbim, Bet-Semes, Elon, dan Bet-Hanan

10 Ben-Hesed: kota Arubot dan Sokho, serta seluruh wilayah Hefer

11 Ben-Abinadab, suami Tafat, puteri Raja Salomo: seluruh kawasan Dor

12 Baana anak Ahilud: kota Taanakh, Megido, dan seluruh kawasan dekat Bet-Sean, dekat kota Sartan, di sebelah selatan Yizreel, sampai kota Abel-Mehola dan Yokmeam

13 Ben-Geber: kota Ramot di Gilead, termasuk semua pekan milik puak Yair, puak keturunan Manasye, dan wilayah Argob di Basan; kesemuanya 60 buah kota besar yang bertembok dan pintu gerbang berpalang gangsa

14 Ahinadab anak Ido: daerah Mahanaim

15 Ahimaas suami Basmat, puteri Raja Salomo: wilayah Naftali

16 Baana anak Husai: kawasan Asyer dan kota Alot

17 Yosafat anak Paruah: wilayah Isakhar

18 Simei anak Ela: wilayah Benyamin

19 Geber anak Uri: kawasan Gilead, yang pernah dikuasai oleh Raja Sihon, raja Amori itu dan Raja Og dari Basan.Selain dua belas orang pegawai daerah itu, seorang pegawai daerah juga dilantik bagi wilayah Yehuda.

Kebesaran Kerajaan Raja Salomo

20 Penduduk Yehuda dan Israel sangat banyak, sebanyak pasir di pinggir laut. Mereka mempunyai cukup makanan dan minuman, serta hidup senang.

21 Kerajaan Raja Salomo meliputi semua negeri dari Sungai Efrat sampai ke Filistea dan sempadan negeri Mesir. Penguasa negeri-negeri itu membayar ufti kepada Raja Salomo, dan mereka takluk kepada baginda sepanjang hayatnya.

22 Bahan makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo pada tiap-tiap hari ialah 5,000 liter tepung halus dan 10,000 liter tepung kasar,

23 10 ekor lembu kandang, 20 ekor lembu padang, dan 100 ekor domba, selain rusa, kijang, rusa dandi, dan unggas.

24 Raja Salomo menguasai seluruh tanah di sebelah barat Sungai Efrat, dari Tifsah di Sungai Efrat sampai sejauh kota Gaza di sebelah barat. Semua raja di sebelah barat Sungai Efrat takluk kepada Raja Salomo, dan baginda bersahabat dengan semua negeri jiran.

25 Selama hayat Raja Salomo, penduduk di seluruh Yehuda dan Israel hidup dengan tenteram, tiap-tiap keluarga mempunyai ladang anggur dan kebun ara.

26 Raja Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.

27 Dua belas orang pegawai daerahnya, masing-masing bertanggungjawab terhadap makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo dan semua orang yang makan di istananya. Para pegawai daerah itu bertanggungjawab pada bulan-bulan yang telah ditentukan bagi mereka. Mereka sentiasa menyediakan semuanya dengan secukupnya.

28 Tiap-tiap pegawai daerah juga menyediakan barli dan jerami untuk kuda tunggangan dan kuda yang menarik kereta kuda, di mana sahaja makanan haiwan diperlukan.

29 Allah memberi Raja Salomo kebijaksanaan dan hikmat yang luar biasa serta pengetahuan yang amat dalam.

30 Raja Salomo menjadi lebih bijak daripada orang bijak di negeri Timur dan orang bijak di negeri Mesir.

31 Baginda adalah orang yang paling bijaksana: lebih bijak daripada Etan orang Ezrahi dan Heman, Kalkol dan Darda, anak-anak Mahol. Nama Raja Salomo termasyhur di semua negeri jiran.

32 Baginda mengarang 3,000 bidalan dan lebih daripada 1,000 mazmur.

33 Baginda dapat berbicara tentang pokok dan tumbuh-tumbuhan: daripada pokok sedar yang tumbuh di pergunungan Lebanon sampai kepada rumput hisop yang tumbuh di tembok. Baginda berbicara tentang binatang, burung, reptilia, dan ikan.

34 Raja-raja di seluruh dunia mendengar tentang kebijaksanaan Raja Salomo, dan mereka mengutus orang kepada baginda untuk mendengar ucapan baginda.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22