1 TUHAN berfirman kepada Nabi Yehu anak Hanani, “Sampaikanlah berita ini kepada Raja Baesa,
2 ‘Dahulu engkau bukan sesiapa, tetapi Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel. Sekarang engkau berdosa seperti Yerobeam, dan menyebabkan umat-Ku juga berdosa. Dosa mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku.
3 Oleh itu Aku akan melenyapkan engkau serta keluargamu, sebagaimana Aku telah memperlakukan Yerobeam.
4 Semua anggota keluargamu yang meninggal di kota akan dimakan anjing, dan yang mati di padang akan dimakan burung.’ ”
5 Segala perbuatan Raja Baesa, serta kepahlawanan baginda tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
6 Raja Baesa mangkat lalu dimakamkan di Tirza, dan Ela, puteranya, menggantikan baginda sebagai raja.
7 Firman TUHAN tentang Raja Baesa dan keluarganya itu disampaikan oleh Nabi Yehu, kerana Raja Baesa telah berdosa terhadap TUHAN. Raja Baesa membangkitkan kemurkaan TUHAN, bukan sahaja kerana kejahatan yang dibuatnya seperti yang dilakukan Raja Yerobeam dahulu, tetapi juga kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap semua anggota keluarga Raja Yerobeam.