25 Raja Omri berdosa terhadap TUHAN lebih daripada semua raja yang terdahulu.
26 Seperti Raja Yerobeam, yang terdahulu daripadanya, Raja Omri membangkitkan kemurkaan TUHAN, Allah Israel, kerana Raja Omri berdosa dan menyebabkan umat Israel berdosa serta menyembah berhala.
27 Segala perbuatan Raja Omri dan kejayaan baginda, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
28 Raja Omri mangkat dan dimakamkan di Samaria. Ahab, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
29 Pada tahun ketiga puluh lapan pemerintahan Raja Asa di Yehuda, Ahab putera Omri menjadi raja Israel. Raja Ahab memerintah di Samaria selama dua puluh dua tahun.
30 Raja Ahab berdosa terhadap TUHAN lebih daripada semua raja yang terdahulu.
31 Tidak cukup baginya untuk berdosa seperti Raja Yerobeam. Raja Ahab melakukan yang lebih jahat lagi; baginda mengahwini Izebel, puteri Raja Etbaal dari Sidon, dan Raja Ahab juga menyembah Baal.