3 Oleh itu Aku akan melenyapkan engkau serta keluargamu, sebagaimana Aku telah memperlakukan Yerobeam.
4 Semua anggota keluargamu yang meninggal di kota akan dimakan anjing, dan yang mati di padang akan dimakan burung.’ ”
5 Segala perbuatan Raja Baesa, serta kepahlawanan baginda tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
6 Raja Baesa mangkat lalu dimakamkan di Tirza, dan Ela, puteranya, menggantikan baginda sebagai raja.
7 Firman TUHAN tentang Raja Baesa dan keluarganya itu disampaikan oleh Nabi Yehu, kerana Raja Baesa telah berdosa terhadap TUHAN. Raja Baesa membangkitkan kemurkaan TUHAN, bukan sahaja kerana kejahatan yang dibuatnya seperti yang dilakukan Raja Yerobeam dahulu, tetapi juga kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap semua anggota keluarga Raja Yerobeam.
8 Pada tahun kedua puluh enam pemerintahan Raja Asa di Yehuda, Ela, putera Raja Baesa menjadi raja Israel. Raja Ela memerintah di Tirza selama dua tahun.
9 Zimri, salah seorang pegawai raja yang mengetuai separuh daripada pasukan berkereta kuda diraja, berkomplot melawan Raja Ela. Pada suatu hari, Raja Ela minum-minum sehingga mabuk di rumah Arza, pengurus istana di Tirza.