9 Zimri, salah seorang pegawai raja yang mengetuai separuh daripada pasukan berkereta kuda diraja, berkomplot melawan Raja Ela. Pada suatu hari, Raja Ela minum-minum sehingga mabuk di rumah Arza, pengurus istana di Tirza.
10 Zimri masuk ke dalam rumah dan membunuh Raja Ela, lalu menggantikan baginda sebagai raja. Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua puluh tujuh pemerintahan Raja Asa di Yehuda.
11 Sebaik sahaja Zimri menjadi raja, Zimri membunuh semua anggota keluarga Raja Baesa. Tiap-tiap saudara lelaki dan sahabat Raja Ela dibunuh.
12 Demikianlah Zimri membunuh semua anggota keluarga Raja Baesa, menurut firman TUHAN yang disampaikan oleh Nabi Yehu tentang Raja Baesa.
13 Raja Baesa dan putera baginda, Raja Ela, menyembah berhala dan menyebabkan umat Israel berdosa. Oleh itu mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN, Allah Israel.
14 Segala perbuatan Raja Ela tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
15 Pada tahun kedua puluh tujuh pemerintahan Raja Asa di Yehuda, Raja Zimri memerintah Israel di Tirza selama tujuh hari. Pada masa itu tentera Israel sedang mengepung kota Gibeton di negeri orang Filistin.