1 Beberapa waktu kemudian, pada tahun ketiga kemarau itu, TUHAN berfirman kepada Elia, “Pergilah menghadap Raja Ahab kerana Aku akan menurunkan hujan.”
2 Maka Elia berangkat.Kebuluran di Samaria pada masa itu sangat dahsyat,
3 oleh itu Raja Ahab memanggil Obaja, pengurus istananya. (Obaja seorang yang sungguh-sungguh beribadat kepada TUHAN.
4 Pada masa Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, Obaja menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua. Dia membahagi mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Dia memberikan makanan dan air minum kepada mereka.)
5 Raja Ahab bertitah kepada Obaja, “Marilah kita pergi melihat tiap-tiap mata air dan dasar sungai di negeri ini. Mungkin kita akan mendapat rumput untuk menyelamatkan kuda dan baghal, supaya tidak usah membunuh seekor pun daripada ternakan kita.”
6 Mereka menentukan daerah yang dijelajahi masing-masing, lalu mereka pergi ke arah yang berlainan.