13 Tidakkah tuan tahu bahawa apabila Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, saya menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua? Saya membahagikan mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Lalu saya memberi mereka makanan dan air minum.
14 Mengapakah tuan menyuruh saya memberitahu raja bahawa tuan berada di sini? Tentu raja akan membunuh saya!”
15 Elia menjawab, “Demi TUHAN yang hidup, Yang Maha Kuasa, yang saya sembah, saya berjanji akan menghadap raja pada hari ini juga.”
16 Oleh itu Obaja pergi memberitahu raja, lalu raja pun berangkat untuk menemui Elia.
17 Apabila Raja Ahab nampak Elia, Raja Ahab bertitah, “Ini dia si pengacau di Israel!”
18 Elia menjawab, “Hamba bukan pengacau. Tuanku dan keluarga tuankulah pengacau itu. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN dan tuanku menyembah berhala Baal.
19 Sekarang perintahlah segenap umat Israel untuk menemui hamba di Gunung Karmel. Bawalah empat ratus lima puluh orang nabi Baal dan empat ratus orang nabi Dewi Asyera yang dibiayai oleh Permaisuri Izebel.”