1 Raja-Raja 2:24-30 BMDC

24 TUHAN telah mengukuhkan kedudukan beta di atas takhta ayahanda beta, Raja Daud. TUHAN telah menepati janji-Nya dan telah memberikan kerajaan ini kepada beta dan keturunan beta. Beta bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa Adonia akan mati pada hari ini juga!”

25 Kemudian Raja Salomo memberikan perintah kepada Benaya, lalu Benaya pergi membunuh Adonia.

26 Selepas itu Raja Salomo bertitah kepada Imam Abyatar, “Pulanglah ke kampung halamanmu di Anatot. Kamu sepatutnya dihukum mati, tetapi beta tidak akan menjatuhkan hukuman itu kepadamu sekarang, kerana ketika kamu masih bersama dengan ayahanda beta, kamu menjaga Tabut Perjanjian TUHAN, dan kamu ikut menderita bersama dengan ayahanda beta.”

27 Raja Salomo memecat Abyatar daripada pekerjaannya sebagai imam TUHAN. Dengan demikian, berlakulah apa yang difirmankan TUHAN di Silo tentang Imam Eli dan keturunannya.

28 Yoab mendengar apa yang telah berlaku. (Dia telah berpihak kepada Adonia, tetapi dia tidak berpihak kepada Absalom.) Oleh itu dia lari ke Khemah TUHAN dan memegang unjuran-unjuran mazbah.

29 Berita tentang Yoab yang telah pergi ke Khemah TUHAN dan berada di sisi mazbah, disampaikan kepada Raja Salomo. Oleh itu Raja Salomo menyuruh orang untuk menanyakan Yoab sebabnya dia pergi ke Khemah TUHAN. Yoab menjawab bahawa dia lari kepada TUHAN kerana dia takut akan Raja Salomo. Oleh itu Raja Salomo menyuruh Benaya membunuh Yoab.

30 Benaya pergi ke Khemah TUHAN lalu berkata kepada Yoab, “Raja menyuruh kamu keluar.”Yoab menjawab, “Tidak. Saya mahu mati di sini.”Benaya balik kepada raja dan memberitahu baginda jawapan Yoab.