25 Tiada sesiapa pun yang pernah berbuat jahat di sisi TUHAN lebih daripada Raja Ahab - dan semua kejahatan itu dilakukannya kerana hasutan isterinya Izebel.
26 Raja Ahab telah melakukan dosa yang sangat keji, kerana baginda menyembah berhala seperti yang dilakukan orang Amori, yang telah diusir oleh TUHAN ketika umat Israel menduduki tanah ini dahulu.)
27 Setelah Elia selesai bercakap, Raja Ahab mengoyakkan pakaiannya. Baginda menanggalkan pakaian lalu memakai kain guni sebagai tanda penyesalan. Raja Ahab berpuasa, dan baginda beradu dengan berpakaian kain guni. Raja Ahab berjalan ke sana sini dengan muka yang muram dan berdukacita.
28 TUHAN berfirman kepada Nabi Elia,
29 “Adakah engkau melihat bahawa Raja Ahab telah merendahkan diri di hadapan-Ku? Oleh sebab dia telah berbuat demikian, Aku tidak akan mendatangkan bencana itu kepadanya pada masa hidupnya. Aku akan mendatangkan bencana itu kepada keluarganya pada masa hidup anaknya.”