11 Raja Hiram dari Tirus, memberi baginda semua kayu sedar Lebanon, kayu sipres, emas, dan semua yang diperlukan Raja Salomo untuk pembinaan itu. Selepas pembinaan itu selesai, Raja Salomo memberikan dua puluh buah kota di daerah Galilea kepada Raja Hiram.
12 Raja Hiram pergi melihat kota-kota itu, tetapi baginda tidak suka kepada kota-kota itu.
13 Oleh itu Raja Hiram berkata kepada Raja Salomo, “Hai saudara, ini rupanya kota-kota yang saudara berikan kepada saya!” Itulah sebabnya daerah itu masih disebut Kabul sampai sekarang.
14 Raja Hiram telah memberi Raja Salomo lebih daripada 4,000 kilogram emas.
15 Raja Salomo menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina Rumah TUHAN dan istana raja, dan untuk menambak tanah di bahagian timur kota, serta membina tembok kota. Dia juga menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina semula kota Hazor, Megido, dan Gezer. (
16 Raja Mesir pernah menyerang dan merebut kota Gezer, membunuh penduduknya, serta membakar kota itu. Kemudian raja Mesir memberikan kota itu kepada puterinya sebagai hadiah perkahwinan, ketika puterinya itu berkahwin dengan Raja Salomo.
17 Kemudian Raja Salomo membina semula kota itu.) Dengan tenaga buruh paksa, Raja Salomo juga membina semula Bet-Horon-Hilir,