20-21 Buruh paksa yang dikerahkan oleh Raja Salomo ialah keturunan orang Kanaan, yang tidak dibunuh oleh umat Israel ketika mereka merampas negeri itu. Ini termasuk orang Amori, Het, Feris, Hewi, dan Yebusi, yang keturunan mereka terus menjadi abdi hingga sekarang.
22 Raja Salomo tidak menjadikan sesiapa pun orang Israel sebagai abdi. Mereka dijadikan askar, pegawai, panglima, ketua pasukan berkereta kuda, dan anggota pasukan berkuda.
23 Sebanyak 550 orang pegawai ditugaskan untuk mengawasi pekerjaan buruh paksa yang bekerja dalam berbagai-bagai projek pembinaan milik Raja Salomo.
24 Raja Salomo menambak tanah di bahagian timur kota itu, selepas isterinya, puteri raja Mesir, pindah dari Kota Daud ke istana yang dibina oleh Raja Salomo untuknya.
25 Tiga kali setahun Raja Salomo mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN di atas mazbah yang dibinanya untuk TUHAN. Raja Salomo juga membakar kemenyan untuk TUHAN. Demikianlah Raja Salomo menyelesaikan pembinaan Rumah TUHAN.
26 Raja Salomo juga membina kapal-kapal di Ezion-Geber, dekat Elot, di pantai Teluk Akaba, di tanah Edom.
27 Raja Hiram mengirim beberapa orang anak kapalnya yang berpengalaman untuk bertugas bersama-sama anak kapal Raja Salomo.