18 pasukan kedua menuju ke Bet-Horon, dan pasukan yang satu lagi menuju ke sempadan yang menghala Lembah Zeboim dan padang gurun.
19 Pada masa itu di seluruh Israel tidak ada tukang besi, kerana orang Filistin tidak membenarkan orang Ibrani membuat pedang dan tombak.
20 Oleh itu umat Israel terpaksa pergi kepada orang Filistin jika hendak mengasah mata bajak, cangkul, kapak, dan sabit mereka.
21 Upahnya sekeping wang kecil untuk mengasah kapak atau membetulkan kusa lembu, dan dua keping wang kecil untuk mengasah mata bajak atau cangkul.
22 Oleh itu, pada masa pertempuran di Mikhmas, tiada seorang pun daripada askar Israel mempunyai pedang atau tombak, kecuali Raja Saul dan Yonatan, putera baginda.
23 Orang Filistin menempatkan satu pasukan askar untuk mempertahankan genting gunung di Mikhmas.