22 Tetapi jika aku berkata kepada hambaku, ‘Anak panah itu lebih jauh lagi ke sana,’ itu bermakna bahawa TUHAN menyuruh engkau pergi; oleh itu pergilah.
23 Semoga TUHAN memastikan supaya kita selamanya memegang perjanjian antara kita berdua.”
24 Maka Daud pergi bersembunyi di padang. Pada Perayaan Bulan Baru, Raja Saul datang ke jamuan makan.
25 Seperti biasa Raja Saul duduk dekat dinding; Yonatan mengambil tempat di hadapannya, dan Abner duduk di sebelah Raja Saul, tetapi kerusi Daud tetap kosong.
26 Pada hari itu, Raja Saul tidak menyinggung hal itu kerana baginda berfikir, “Mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada Daud, sehingga menyebabkan dia najis.”
27 Keesokan harinya, sehari setelah Perayaan Bulan Baru, kerusi Daud masih kosong. Kemudian Raja Saul bertanya kepada Yonatan, “Mengapa Daud tidak hadir pada jamuan, kelmarin dan hari ini?”
28 Yonatan menjawab, “Dia sudah minta izin kepada saya untuk pergi ke Betlehem.