32 Yonatan menjawab, “Mengapakah dia mesti mati? Apakah dosanya?”
33 Ketika itu juga Raja Saul melemparkan tombak ke arah Yonatan untuk membunuh dia. Oleh itu Yonatan sedar bahawa ayahandanya sungguh-sungguh berniat untuk membunuh Daud.
34 Dengan marah sekali Yonatan meninggalkan meja makan dan dia tidak makan apa-apa pada hari kedua Perayaan Bulan Baru itu. Dia sangat gelisah memikirkan Daud yang sudah dihina oleh Raja Saul, ayahandanya.
35 Keesokan paginya Yonatan pergi ke padang untuk menjumpai Daud sebagaimana yang telah dirancangkan bersama. Dia membawa seorang budak lelaki, iaitu hambanya, bersama dengan dia.
36 Yonatan berkata kepadanya, “Ayuh, carilah anak-anak panah yang akan kupanahkan.” Sedang budak itu berlari, Yonatan memanahkan sebatang anak panah melewati budak itu.
37 Apabila budak itu sampai ke tempat anak panah itu jatuh, Yonatan berteriak kepadanya, “Anak panah itu lebih jauh lagi ke sana!
38 Cepatlah! Jangan berdiri saja!” Dia mengambil anak panah itu lalu kembali kepada tuannya.