1 Pada suatu hari Daud diberitahu bahawa orang Filistin menyerang kota Kehila dan merampas biji-bijian yang baru dituai.
2 Oleh itu dia bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku pergi menyerang orang Filistin?”“Ya,” jawab TUHAN. “Seranglah mereka dan selamatkanlah penduduk Kehila.”
3 Tetapi anak buah Daud berkata kepadanya, “Sedangkan di sini, di Yehuda, kita sudah ketakutan, apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan menyerang orang Filistin!”
4 Oleh itu Daud bertanya lagi kepada TUHAN, dan TUHAN menjawab, “Pergilah dan seranglah kota Kehila, kerana Aku akan memberi engkau kemenangan terhadap orang Filistin.”
5 Kemudian Daud dan anak buahnya pergi ke Kehila lalu menyerang orang Filistin. Mereka membunuh banyak orang Filistin dan merampas ternakan mereka. Demikianlah Daud menyelamatkan penduduk kota itu.
6 Pada masa Abyatar anak Ahimelekh lari kepada Daud, dan menyertai Daud ke Kehila, dia juga membawa efod.