38 Kira-kira sepuluh hari kemudian, TUHAN mencabut nyawa Nabal.
39 Apabila Daud mendengar bahawa Nabal sudah meninggal, dia berkata, “Pujilah TUHAN! Dia sudah membalas Nabal kerana penghinaannya terhadap aku. TUHAN sudah mencegah aku, hamba-Nya daripada melakukan kejahatan. TUHAN sendiri telah menghukum Nabal kerana kejahatannya.”Kemudian Daud mengirim utusan kepada Abigail untuk melamar dia menjadi isterinya.
40 Para utusan Daud menemui wanita itu di Karmel, lalu berkata kepadanya, “Kami diutus oleh Daud untuk menghadap puan, kerana dia ingin melamar puan menjadi isterinya.”
41 Abigail bangkit, lalu bersujud dan berkata, “Saya hamba Daud. Saya bersedia mencuci kaki hamba-hambanya.”
42 Selepas itu dia segera berkemas, lalu menunggang keldainya. Diiringi oleh lima orang dayangnya, dia berangkat bersama-sama utusan Daud. Dengan demikian Abigail menjadi isteri Daud.
43 Sebelum itu Daud telah berkahwin dengan Ahinoam dari Yizreel. Sekarang Abigail juga menjadi isteri Daud.
44 Sementara itu Raja Saul telah mengahwinkan Mikhal puterinya, iaitu isteri Daud, kepada Palti anak Lais dari kota Galim.