3 Raja Saul dan pasukannya berkhemah di tepi jalan di Bukit Hakhila. Pada masa itu Daud masih di padang gurun itu, lalu dia mendengar bahawa Raja Saul sudah datang mencarinya di padang gurun.
4 Oleh itu dia mengirim beberapa orang pengintip. Lalu dia diberitahu bahawa memang benar Raja Saul berada di sana.
5 Dengan segera Daud pergi ke perkhemahan Raja Saul, dan mendapati khemah tempat Raja Saul tidur dekat Abner anak Ner, panglima tentera. Khemah Raja Saul itu terletak di tengah-tengah dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya.
6 Kemudian Daud bertanya kepada Ahimelekh orang Het itu, dan kepada Abisai saudara Yoab, (ibu mereka ialah Zeruya), “Siapa yang berani masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul bersama dengan aku?”“Saya,” jawab Abisai.
7 Pada malam itu Daud dan Abisai menyelinap ke dalam perkhemahan Raja Saul, lalu melihat Raja Saul sedang tidur di tengah-tengah perkhemahan. Tombak Raja Saul tertancap di tanah dekat kepalanya. Abner dan pasukannya tidur di sekeliling Raja Saul.
8 Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”
9 Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya.