11 TUHAN berfirman kepadanya, “Aku akan melakukan suatu perkara yang dahsyat terhadap umat Israel, sehingga tiap-tiap orang yang mendengarnya akan terpegun.
12 Pada hari itu Aku akan melaksanakan segala ancaman-Ku terhadap keluarga Eli, dari mula sampai akhir.
13 Aku sudah memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana anak-anaknya telah menghina Aku. Eli tahu akan perbuatan mereka itu, tetapi dia tidak melarang mereka.
14 Oleh itu Aku bersumpah kepada keluarga Eli, bahawa untuk selama-lamanya tiada korban atau persembahan apa pun yang akan dapat menghapuskan dosa yang dahsyat itu.”
15 Selepas itu Samuel berbaring di tempat tidurnya sampai pagi. Kemudian dia bangun lalu membuka pintu-pintu rumah TUHAN. Dia takut memberitahu Eli tentang penglihatan itu,
16 tetapi Eli memanggil dia, “Samuel, anakku!”“Ya tuan,” sahut Samuel.
17 Eli bertanya, “Apakah yang difirmankan TUHAN kepadamu? Ceritakanlah segalanya kepadaku. Jika ada sesuatu yang engkau rahsiakan, tentu engkau akan dihukum dengan berat oleh Allah.”