11 Tentera Israel keluar dari Mizpa lalu mengejar orang Filistin sehingga hampir sampai di Bet-Kar, sambil membunuh mereka di sepanjang jalan.
12 Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, “TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya.” Oleh itu dia menamakan batu itu “Batu Pertolongan.”
13 Demikianlah orang Filistin dikalahkan. Selama Samuel hidup, TUHAN mencegah orang Filistin menceroboh kawasan Israel.
14 Semua kota Israel yang telah ditaklukkan oleh orang Filistin, dari Ekron sampai Gat, dikembalikan kepada Israel. Dengan itu Israel mendapat kembali seluruh wilayah mereka. Orang Israel dan orang Amori pun hidup dengan damai.
15 Samuel memerintah Israel seumur hidupnya.
16 Tiap-tiap tahun dia mengadakan perjalanan keliling ke Betel, Gilgal, dan Mizpa. Di tempat itu dia menyelesaikan perkara-perkara perselisihan.
17 Selepas itu dia selalu pulang ke rumahnya di Rama. Di sana dia juga menjadi hakim umat Israel. Di Rama, dia membina sebuah mazbah untuk TUHAN.