22 Kemudian Samuel mengajak Saul dan hambanya ke dalam sebuah ruangan yang besar. Samuel memberikan tempat yang utama kepada mereka di hadapan para jemputan, yang berjumlah kira-kira tiga puluh orang.
23 Samuel berkata kepada tukang masak, “Hidangkanlah daging yang aku berikan kepadamu, yang aku suruh kamu simpan.”
24 Kemudian tukang masak membawa daging terbaik daripada daging paha lalu menghidangkannya kepada Saul. Samuel berkata, “Inilah bahagian yang sudah aku simpan untukmu, supaya kamu dapat makan bersama-sama para jemputan yang lain. Silalah makan.”Oleh itu Saul makan bersama-sama Samuel pada hari itu.
25 Selepas itu mereka pergi dari tempat ibadat lalu masuk ke kota. Saul diberikan tempat tidur di atas bumbung rumah,
26 lalu dia tidur di situ.Apabila fajar menyingsing, Samuel memanggil Saul yang berada di atas bumbung rumah, “Bangunlah,” katanya. “Saya hendak menghantar kamu pergi.” Saul bangun, lalu berangkat bersama-sama Samuel.
27 Ketika mereka sampai di pinggir kota, Samuel berkata kepada Saul, “Suruhlah hambamu berjalan dahulu.” Kemudian hamba itu pergi, dan Samuel berkata lagi, “Berhentilah di sini sebentar. Aku hendak memberitahukan firman Allah kepadamu.”