1 Tidak lama sesudah Timotius dikalahkan, Lisias, wali dan kerabat raja serta perdana menteri, mendengar kejadian itu. Lisias menjadi sangat marah,
2 lalu mengerahkan lebih kurang 80,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan seluruh pasukan berkudanya melawan orang Yahudi, dengan maksud menjadikan Yerusalem sebuah kota kediaman bagi orang Yunani.
3 Dia juga bermaksud memungut cukai dari Rumah Allah, seperti dari rumah ibadat bangsa-bangsa lain, melelong jawatan Imam Agung pada setiap tahun.
4 Lisias sangat puas dengan angkatan perangnya yang terdiri daripada puluhan ribu orang pasukan tentera berjalan kaki, ribuan orang pasukan berkuda dan lapan puluh ekor gajah, tetapi dia sama sekali tidak memperhitungkan kekuasaan Allah.
5 Dia memasuki Yudea dan menyerang kubu Bet-Zur, kira-kira dua puluh lima kilometer di sebelah selatan Yerusalem.
6 Apabila Yudas dan anak buahnya mendengar bahawa Lisias sedang mengepung kubu-kubu mereka, mereka dan seluruh rakyat menangis serta memohon kepada Tuhan supaya Dia mengutus malaikat yang baik untuk menyelamatkan Israel.