15 Yudas Makabe memikirkan kepentingan rakyat, oleh itu dia bersetuju dengan semua yang diusulkan Lisias, kerana raja pun sudah menyetujui semua permintaan tertulis yang disampaikan oleh Yudas kepada Lisias.
16 Beginilah bunyi surat Lisias kepada orang Yahudi:“Daripada Lisias kepada rakyat Yahudi, salam!
17 Utusan saudara-saudara, iaitu Yohanes dan Absalom, telah menyerahkan surat yang ditandatangani saudara-saudara, kepada saya, dan meminta jawapan bagi kandungannya.
18 Saya sudah menyampaikan apa yang perlu diketahui kepada raja, dan baginda bersetuju dengan apa yang dapat dilaksanakan.
19 Jika saudara sekalian tetap setia kepada pemerintah, saya akan mengusahakan segala sesuatu yang baik bagi saudara-saudara pada masa akan datang.
20 Saya sudah menugaskan wakil-wakil saya dan wakil-wakil saudara-saudara untuk merundingkan hal-hal ini secara terperinci dengan saudara semua.
21 Selamat sejahtera! Ditulis pada tarikh dua puluh empat bulan Zeus Korintius tahun 148.”