21 Selamat sejahtera! Ditulis pada tarikh dua puluh empat bulan Zeus Korintius tahun 148.”
22 Beginilah bunyi surat raja kepada Lisias:“Daripada Raja Antiokhus kepada Yang Mulia Lisias, salam!
23 Ayahanda beta sudah pun pulang ke tempat dewa-dewa, dan beta menginginkan supaya semua warga kerajaan dapat meneruskan hal-hal mereka tanpa gangguan.
24 Beta mengerti bahawa orang Yahudi tidak mahu beralih kepada cara hidup orang Yunani seperti yang dikehendaki ayahanda beta. Mereka minta supaya diizinkan mengikuti adat istiadat mereka sendiri kerana mereka lebih suka cara hidup itu.
25 Beta menghendaki supaya bangsa itu bebas daripada gangguan. Maka beta memutuskan bahawa Rumah Allah dikembalikan kepada mereka dan bahawa mereka diizinkan hidup menurut adat istiadat nenek moyang mereka.
26 Sila kirimkan utusan kepada mereka dan berdamailah dengan mereka, supaya mereka mengetahui pendirian beta dan menjadi tenang, serta menguruskan hal-hal mereka sendiri dengan senang hati.”
27 Beginilah bunyi surat raja kepada bangsa Yahudi:“Daripada Raja Antiokhus kepada para pemimpin bangsa Yahudi dan seluruh rakyat Yahudi, salam!