24 Beta mengerti bahawa orang Yahudi tidak mahu beralih kepada cara hidup orang Yunani seperti yang dikehendaki ayahanda beta. Mereka minta supaya diizinkan mengikuti adat istiadat mereka sendiri kerana mereka lebih suka cara hidup itu.
25 Beta menghendaki supaya bangsa itu bebas daripada gangguan. Maka beta memutuskan bahawa Rumah Allah dikembalikan kepada mereka dan bahawa mereka diizinkan hidup menurut adat istiadat nenek moyang mereka.
26 Sila kirimkan utusan kepada mereka dan berdamailah dengan mereka, supaya mereka mengetahui pendirian beta dan menjadi tenang, serta menguruskan hal-hal mereka sendiri dengan senang hati.”
27 Beginilah bunyi surat raja kepada bangsa Yahudi:“Daripada Raja Antiokhus kepada para pemimpin bangsa Yahudi dan seluruh rakyat Yahudi, salam!
28 Beta berharap kamu sekalian sihat walafiat. Beta sendiri dalam keadaan sihat.
29 Menelaus memberitahu beta bahawa kamu ingin pulang dan menguruskan hal-hal kamu.
30 Maka mereka yang pulang sebelum tarikh tiga puluh bulan Ksantikus, mendapat izin dan restu beta.