31 Kamu boleh mengikuti peraturan-peraturan sendiri tentang makanan dan hukum-hukum lainnya seperti dahulu. Tidak seorang pun akan dihukum kerana kesalahan yang tidak disengaja.
32 Beta mengirim Menelaus untuk menenteramkan fikiran kamu.
33 Selamat sejahtera! Tarikh lima belas bulan Ksantikus tahun 148.”
34 Orang Roma pun mengirim surat kepada orang Yahudi. Beginilah bunyi surat itu:“Daripada Kwintus Memius dan Titus Manius, utusan-utusan orang Roma, kepada rakyat Yahudi, salam!
35 Kami juga bersetuju dengan apa yang disetujui Lisias, kerabat raja untuk saudara-saudara.
36 Sekarang kami dalam perjalanan ke kota Antiokhia. Kami ingin mengusahakan kepentingan saudara-saudara di hadapan raja. Maka pertimbangkanlah perkara-perkara yang dikemukakan oleh Lisias kepada raja, dan kirimlah utusan dengan secepat mungkin
37 tanpa menunda-nunda, supaya kami tahu keputusan saudara-saudara.