17 Selepas itu pertempuran sengit berlaku. Abner dan pasukan Israel dikalahkan oleh pasukan anak buah Raja Daud.
18 Ketiga-tiga anak lelaki Zeruya berada di sana: Yoab, Abisai, dan Asael. Asael, yang dapat berlari sepantas kijang,
19 mula mengejar Abner dengan tidak berhenti-henti.
20 Abner menoleh ke belakang dan bertanya, “Engkaukah itu Asael?”“Ya,” jawabnya.
21 “Jangan kejar aku!” kata Abner. “Kejarlah salah seorang askar lain dan ambillah senjatanya.” Tetapi Asael tetap mengejar dia.
22 Sekali lagi Abner berkata kepadanya, “Jangan kejar aku! Jangan paksa aku membunuh engkau! Bagaimana aku dapat berhadapan muka dengan abangmu Yoab nanti?”
23 Tetapi Asael masih juga mengejar dia. Maka Abner melemparkan tombaknya ke belakang, dan perut Asael terkena sehingga tombak itu tembus ke belakangnya. Asael rebah ke tanah lalu mati di situ juga. Semua orang yang sampai ke tempat dia terlentang itu berhenti dan berdiri di situ.