29 Abner dan anak buahnya berjalan melalui Lembah Yordan sepanjang malam itu. Mereka menyeberangi Sungai Yordan, dan setelah berjalan sepanjang hari berikutnya, mereka tiba di Mahanaim.
30 Apabila Yoab berhenti mengejar Abner, dia mengumpulkan semua anak buahnya. Yoab mendapati bahawa dia kehilangan sembilan belas orang daripada pasukannya, selain Asael.
31 Anak buah Raja Daud telah membunuh 360 orang daripada pasukan Abner yang terdiri daripada suku Benyamin.
32 Selepas itu Yoab dan anak buahnya mengambil jenazah Asael dan mengebumikannya di perkuburan keluarganya di Betlehem. Kemudian mereka berjalan sepanjang malam, dan esoknya pada waktu fajar, mereka tiba di Hebron.