3 Kemudian dia meninggalkan tempat itu dan pergi dari satu tempat ke tempat yang lain, menuju ke Betel. Dia tiba di daerah di antara Betel dan Ai, tempat dia berkhemah
4 dan mendirikan mazbah dahulu. Dia menyembah TUHAN di situ.
5 Lot, yang mengikut Abram, juga mempunyai keluarga sendiri dan hamba, domba, kambing, serta lembu.
6 Padang rumput di situ tidak cukup bagi mereka tinggal bersama-sama, kerana mereka mempunyai ternakan yang sangat banyak.
7 Oleh sebab itu pertengkaran berlaku antara para gembala Abram dan para gembala Lot. (Pada masa itu orang Kanaan dan orang Feris masih tinggal di tanah itu.)
8 Kemudian Abram berkata kepada Lot, “Kita ini bersaudara; orangmu dan orangku tidak sepatutnya bertengkar.
9 Oleh itu sebaiknya kita berpisah. Pilihlah bahagian tanah yang kamu suka. Jika kamu pergi ke sebelah sini, aku akan pergi ke sebelah sana.”