9 Oleh itu sebaiknya kita berpisah. Pilihlah bahagian tanah yang kamu suka. Jika kamu pergi ke sebelah sini, aku akan pergi ke sebelah sana.”
10 Lot memandang di sekelilingnya dan nampak bahawa seluruh Lembah Yordan, sampai ke kota Zoar mempunyai banyak air, seperti Taman TUHAN atau seperti tanah Mesir. (Begitulah keadaannya sebelum TUHAN memusnahkan kota Sodom dan Gomora.)
11 Akhirnya Lot memilih seluruh Lembah Yordan, lalu berangkat ke sebelah timur. Demikianlah kedua-dua orang itu berpisah.
12 Abram tetap tinggal di tanah Kanaan, sedangkan Lot tinggal di antara kota-kota di lembah itu dan berkhemah dekat Sodom.
13 Penduduk kota Sodom sangat jahat dan berdosa terhadap TUHAN.
14 Selepas Lot meninggalkan tempat itu, TUHAN berfirman kepada Abram, “Dari tempat engkau berdiri, pandanglah baik-baik ke segala arah;
15 Aku akan memberikan seluruh tanah yang engkau lihat itu kepadamu dan keturunanmu. Tanah itu akan menjadi milikmu selama-lamanya.