6 dan orang Hori di pergunungan Edom, lalu mengejar mereka sejauh El-Paran di pinggir padang gurun.
7 Kemudian raja-raja itu berpatah balik dan kembali ke En-Mispat yang sekarang disebut Kades. Mereka menaklukkan seluruh tanah orang Amalek dan mengalahkan orang Amori yang tinggal di Hazezon-Tamar.
8 Selepas itu raja dari Sodom, Gomora, Adma, Zeboim, dan Bela mengatur barisan tentera mereka di Lembah Sidim, lalu berperang
9 melawan raja dari Elam, Goyim, Babilonia, dan Elasar; lima orang raja melawan empat orang raja.
10 Lembah itu penuh dengan lubang tar. Apabila raja dari Sodom dan Gomora cuba melarikan diri dari peperangan, mereka jatuh ke dalam lubang tar. Tiga orang raja yang lain berjaya melarikan diri ke pergunungan.
11 Empat orang raja yang menang, menjarah segala sesuatu di Sodom dan Gomora, termasuk bahan makanan, lalu mereka pergi dari situ.
12 Lot, anak saudara Abram, juga tinggal di Sodom, maka dia pun ditawan oleh musuh berserta segala harta bendanya.