13 TUHAN berfirman kepadanya, “Keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain; mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama empat ratus tahun.
14 Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu. Apabila keturunanmu meninggalkan negeri itu, mereka akan membawa banyak harta benda.
15 Engkau sendiri akan lanjut usia; engkau akan meninggal dengan tenang, lalu dikebumikan.
16 Selepas empat generasi, keturunanmu akan kembali ke sini, kerana Aku tidak akan mengusir orang Amori sebelum mereka menjadi terlalu jahat sehingga harus dihukum.”
17 Setelah matahari terbenam dan hari sudah gelap, tiba-tiba sebuah dapur arang yang berasap dan obor yang bernyala, lalu di antara belahan-belahan binatang itu.
18 Pada masa itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram. TUHAN berfirman, “Aku berjanji akan memberikan seluruh tanah ini kepada keturunanmu, mulai dari sempadan negeri Mesir hingga Sungai Efrat,
19 termasuk juga tanah orang Keni, Kenas, Kadmon,