2 Tetapi Abram berkata, “Ya TUHAN Raja, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku tidak mempunyai anak? Orang yang akan mewarisi hartaku hanya Eliezer, hambaku dari Damsyik.
3 Engkau tidak mengurniakan anak kepadaku. Oleh itu yang mewarisi hartaku hanya seorang daripada hambaku.”
4 Kemudian Abram mendengar TUHAN berfirman lagi kepadanya, “Hamba itu tidak akan mewarisi hartamu, melainkan anak lelakimu sendiri.”
5 TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, “Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang.”
6 Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya.
7 Kemudian TUHAN berfirman lagi kepada Abram, “Akulah TUHAN yang sudah memimpin engkau keluar dari Ur di negeri Babilonia, untuk memberikan tanah ini kepadamu supaya menjadi milikmu.”
8 Tetapi Abram bertanya, “Ya TUHAN Raja, bagaimana aku dapat mengetahui bahawa tanah ini akan menjadi milikku?”